cropped-Logo-IndoSourcingService.png

Servis untuk anda yang mahu hasilkan produk sendiri di Indonesia

OEM / Manufacturing di Indonesia

Mahukan produk sendiri dibuat di Indonesia?
Kami bantu sambungkan anda dengan supplier atau kilang yang sesuai, kordinasikan perbincangan, pengeluaran dan penghantaran ke Malaysia.

Perbincangan yang berjaya antara team sourcing dan wakil kilang supplier di Indonesia

Masalah biasa pelanggan

Ada idea produk, tapi tak tahu macam mana nak mula buat di Indonesia?

Ramai usahawan atau pemilik brand mahu menghasilkan produk sendiri di Indonesia kerana kos yang lebih efektif, banyak pilihan supplier dan kapasiti pengeluaran yang lebih fleksibel. Tetapi untuk bermula, biasanya ada banyak perkara yang belum jelas...

Team sourcing berbincang dengan supplier sambil membuat semakan produk beg kulit dan mencatat spesifikasi sebelum proses pembelian
Tak tahu kilang atau supplier mana yang sesuai

Anda perlukan pihak yang boleh bantu semak kilang atau supplier yang lebih sesuai dengan jenis produk anda.

Tak pasti MOQ, sample atau lead time

Sebelum buat keputusan, anda mahu tahu syarat asas seperti MOQ, sample, spesifikasi dan anggaran lead time.

Mahukan proses yang lebih jelas dan kurang trial & error

Anda perlukan bantuan untuk mengurangkan trial and error dan menyusun projek dengan lebih terarah dari awal.

Apa yang kami boleh bantu untuk OEM / Manufacturing

Kami bantu dari semakan awal hingga koordinasi pengeluaran

Servis ini sesuai untuk pelanggan yang mahu membangunkan produk secara OEM, custom atau manufacturing di Indonesia dengan langkah yang lebih jelas dan tersusun.

Bantu semak jenis produk yang anda mahu hasilkan

Kami lihat jenis produk, bentuk custom, spesifikasi awal dan tahap pengeluaran yang anda perlukan.

Bantu cari supplier atau kilang yang sesuai

Kami bantu kenal pasti pihak yang relevan untuk pengeluaran berdasarkan jenis produk dan keperluan anda.

Bantu hubungi dan berurusan dengan supplier

Kami bantu mulakan komunikasi dan semakan awal dengan supplier atau kilang yang sesuai.

Bantu semak MOQ, sample, spesifikasi dan lead time

Kami bantu dapatkan maklumat penting sebelum anda membuat keputusan untuk proceed ke peringkat seterusnya.

Bantu koordinasi proses sample atau development

Kami boleh bantu susun proses sample, semakan awal dan koordinasi development jika projek memerlukannya.

Bantu urus pengeluaran dan penghantaran

Jika anda mahu teruskan, kami boleh bantu susun komunikasi pengeluaran dan penghantaran ke Malaysia.

Sudah ada idea produk?

Hantar sahaja detail ringkas, gambar rujukan atau idea awal. Kami akan semak bagaimana projek ini boleh dimulakan.
Terangkan sahaja apa yang anda mahu hasilkan, dan kami akan bantu semak langkah paling sesuai.

Nak mulakan semakan?

WhatsApp Sekarang

Jenis produk yang biasa sesuai untuk OEM / Manufacturing

Contoh produk yang biasanya sesuai dibangunkan melalui OEM atau manufacturing

OEM Pakaian di Indonesia secara pukal sebagai produk pakaian brand anda

Pakaian / Apparel

Pelbagai produk kosmetik, perfume dan sabun spa asli Indonesia disusun kemas untuk tujuan sourcing dan pembelian.

Kosmetik / Body Care

Pelbagai produk makanan dan snek OEM seperti rendang, sambal, keropok, kerepek pisang dan coklat dengan anda sendiri

Makanan / Snack

Pelbagai aksesori dan gift item custom seperti tote bag, beg kulit, backpack, file seminar, mug seramik dan cawan kayu ukiran dipamerkan di atas meja, sesuai untuk corporate gift atau OEM branding.

Aksesori / Gift Item

Pelbagai produk kraftangan dan pertukangan yang dihasilkan di Indonesia seperti bakul anyaman, tikar anyaman, bekas ukiran kayu bermotif bunga dan tongkat kayu berukir dipamerkan di atas meja kayu, dengan brand anda sendiri

Produk Kraftangan dan Pertukangan

Produk lain?

Ini cuma beberapa contoh saja. Jika produk anda tidak tersenarai di sini, hantarkan detail untuk kami semak.

Tanya Kami

Harga servis OEM / Manufacturing

Caj servis bergantung pada skop OEM / Manufacturing

Setiap projek OEM atau manufacturing berbeza dari segi jenis produk, tahap custom, jumlah supplier yang perlu dihubungi, sample development, jumlah follow up dan tahap koordinasi yang diperlukan.

Disebabkan itu, caj servis bagi OEM / Manufacturing biasanya disusun mengikut skop projek. Ada projek yang ringkas dan ada juga yang memerlukan proses yang lebih panjang. Untuk semakan awal, anda boleh hantar detail produk terlebih dahulu dan kami akan maklumkan bentuk bantuan yang paling sesuai.

Mulakan projek OEM anda dengan lebih teratur

Hantar idea atau detail produk anda, kami bantu semak langkah seterusnya

Tak perlu pening mula sendiri dari jauh. Hantar sahaja maklumat awal dan kami akan bantu semak bagaimana projek OEM atau manufacturing ini boleh dimulakan di Indonesia.

WhatsApp Kami
Hantar Detail Produk