cropped-Logo-IndoSourcingService.png
Pembelian barang online dari Indonesia melalui WhatsApp dengan paparan produk Shopee pada smartphone dan laptop, bersama buku nota dan pen sebagai simbol proses belian dan sourcing produk

Servis untuk anda yang sudah jumpa barang online di Indonesia

Belikan Barang Online dari Indonesia

Sudah jumpa barang di Shopee Indonesia, TikTok Shop, Instagram atau website Indonesia? Kami bantu belikan, urus penerimaan barang di Indonesia dan penghantaran ke Malaysia.

Masalah biasa pelanggan

Jumpa barang, tapi tak boleh checkout dari Malaysia?

Ramai pelanggan sudah jumpa barang yang mereka mahu di platform online Indonesia, tetapi tersangkut pada urusan pembelian. Ada seller yang hanya menerima pembeli tempatan, ada platform yang tidak menyokong checkout dari luar negara, dan ada juga kes di mana urusan pembayaran serta penghantaran menjadi terlalu rumit untuk diurus sendiri dari Malaysia.

Seorang wanita menggunakan laptop di rumah kelihatan risau ketika cuba membeli barang online tetapi tidak dapat checkout
Tak boleh checkout dari Malaysia

Link barang sudah ada, tetapi platform atau seller tidak membenarkan pembelian terus dari Malaysia.

Seller tak hantar ke Malaysia

Ada seller yang hanya jual untuk pasaran tempatan Indonesia dan tidak menyediakan penghantaran antarabangsa.

Payment dan proses jadi rumit

Pembayaran tempatan, urusan penerimaan barang dan penghantaran ke Malaysia kadang-kadang terlalu leceh untuk diurus sendiri.

Apa yang kami bantu untuk servis ini

Kami bantu dari semak link hingga urus penghantaran ke Malaysia

Servis ini sesuai untuk pelanggan yang sudah ada link atau rujukan barang, tetapi perlukan bantuan pembelian, penerimaan barang dan penghantaran dari Indonesia ke Malaysia.

Paparan Shopee Indonesia di laptop dengan hasil carian produk termasuk coklat dan perfume, bersama barang belian seperti kotak dan troli mini menunjukkan proses pembelian dan penghantaran ke Malaysia
Semak link atau rujukan barang

Kami semak link produk, variasi, kuantiti, seller dan maklumat asas sebelum proses diteruskan.

Bantu urus pembelian / checkout

Kami bantu teruskan pembelian untuk barang yang tidak boleh anda checkout sendiri dari Malaysia.

Terima barang di Indonesia

Barang diterima di Indonesia terlebih dahulu supaya proses seterusnya dapat diurus dengan lebih teratur.

Semakan asas barang

Kami bantu buat semakan asas mengikut jenis barang sebelum dihantar ke Malaysia.

Urus penghantaran ke Malaysia

Selepas semuanya ready, kami aturkan penghantaran dari Indonesia ke alamat anda di Malaysia.

Sudah ada link barang?

Hantar sahaja link atau screenshot kepada kami. Lagi jelas maklumat, lagi mudah kami semak dan bantu.

Hantar Link Sekarang

Platform online yang biasa kami bantu

Kami boleh bantu belikan barang dari pelbagai platform online Indonesia

Kalau anda jumpa barang di platform lain pun tidak mengapa. Hantar sahaja link atau screenshot untuk semakan awal.

Shopee Indonesia

Produk dari seller Shopee Indonesia yang anda sudah jumpa dan mahu beli dari Malaysia.

TikTok Shop Indonesia

Barang dari TikTok Shop Indonesia yang menarik tetapi tidak boleh anda urus sendiri dari Malaysia.

Instagram / Website Seller

Kami juga boleh bantu untuk pembelian dari seller Instagram, butik online dan website tempatan Indonesia.

Jenis barang yang sesuai untuk servis ini

Antara barang yang biasa dibelikan secara online dari Indonesia

Servis ini paling sesuai untuk barang yang sudah jelas link, seller, variasi atau kuantitinya. Jika anda masih belum jumpa barang yang sesuai, servis Carikan Barang Online mungkin lebih tepat.

Rak supermarket di Indonesia dipenuhi pelbagai snack tempatan seperti coklat SilverQueen dan produk makanan ringan popular Indonesia.

Snack & Makanan Ringan

Sesuai untuk pelanggan yang sudah jumpa produk makanan ringan, coklat, biskut atau oleh-oleh Indonesia secara online.

Pelbagai produk kosmetik, perfume dan sabun spa asli Indonesia disusun kemas untuk tujuan sourcing dan pembelian.

Kosmetik & Body Care

Termasuk kosmetik, perfume, sabun spa, penjagaan diri dan produk beauty Indonesia yang sudah dikenal pasti.

Pelbagai pilihan busana dan pakaian Indonesia seperti kebaya dan fesyen wanita dipamerkan di butik.

Busana & Fesyen

Sesuai untuk pakaian, busana wanita, aksesori fesyen atau produk butik Indonesia yang sudah ada link pembelian.

Kain batik tradisional dan moden bersama produk kraftangan Indonesia seperti beg anyaman dan ukiran kayu.

Batik & Kraftangan

Sesuai untuk produk batik, beg anyaman, ukiran kayu, cenderamata atau kraftangan Indonesia yang sudah anda jumpa online.

Pelbagai barangan unik Indonesia termasuk wayang kulit Jawa, topeng Bali dan aksesori handmade tradisional.

Barang Unik & Niche

Untuk barang rare, niche atau item menarik dari Indonesia yang anda sudah jumpa dan mahu dibelikan.

Bagaimana proses servis ini berjalan

Proses ringkas dari link barang hingga sampai ke Malaysia

Proses pembungkusan barang di warehouse Indonesia sebelum dihantar ke Malaysia untuk pelanggan.
1. Anda hantar link atau screenshot barang

Hantar link, screenshot atau maklumat ringkas barang yang anda mahu beli.

2. Kami semak maklumat asas

Kami lihat harga, variasi, kuantiti, seller dan keperluan penghantaran.

3. Kami maklumkan anggaran kos

Kami terangkan kos barang, caj servis dan anggaran penghantaran mengikut keperluan.

4. Kami urus pembelian

Selepas dipersetujui, kami bantu teruskan pembelian barang tersebut di Indonesia.

5. Barang diterima dan disemak

Barang diterima di Indonesia dan kami buat semakan asas sebelum penghantaran.

6. Kami hantar ke Malaysia

Apabila semuanya ready, kami aturkan penghantaran ke alamat anda di Malaysia.

Siapa yang biasanya menggunakan servis ini

Sesuai untuk individu, usahawan dan buyer yang sudah jumpa barang online

Individu

Untuk yang mahu beli barang personal dari Indonesia tetapi tak boleh checkout atau tak mahu urus sendiri dari Malaysia.


Usahawan / Reseller

Untuk yang mahu beli stok atau produk online dari Indonesia dalam kuantiti kecil hingga sederhana untuk dijual semula.


Buyer / Procurement / Personal Shopper

Untuk pihak yang sudah ada permintaan pelanggan atau senarai barang, tetapi perlukan partner di Indonesia untuk bantu beli dan urus penghantaran.

Perkara penting sebelum proceed

Servis ini lebih mudah bila barang sudah jelas

Servis Belikan Barang Online adalah untuk membantu pembelian barang yang sudah dikenal pasti secara online. Ketersediaan stok, perubahan harga, variasi dan polisi seller adalah bergantung kepada seller atau platform tersebut. Untuk barang tertentu, semakan tambahan atau kaedah penghantaran khas mungkin diperlukan bergantung pada jenis produk.

Sudah jumpa barang yang anda mahu?

Hantar sahaja link atau screenshot barang kepada kami. Kami akan semak dan maklumkan cara paling sesuai untuk bantu pembelian anda dari Indonesia.

WhatsApp Kami
Hantar Link Sekarang