cropped-Logo-IndoSourcingService.png

IndoSourcingService membantu pelanggan di Malaysia untuk membeli, mencari dan mengurus produk dari Indonesia dengan lebih mudah.

Servis ini diuruskan oleh usahawan Malaysia yang menetap di Indonesia dan sudah biasa dengan urusan supplier, pembelian, pengeluaran serta penghantaran antara Indonesia dan Malaysia.

Kami menawarkan servis ini kerana ramai pelanggan berminat mendapatkan produk dari Indonesia, tetapi menghadapi masalah seperti tidak boleh checkout, sukar membuat pembayaran tempatan, tidak pasti supplier yang sesuai, atau perlukan bantuan orang di Indonesia untuk berurusan.

Dengan pengalaman dan kedudukan kami di Indonesia, kami dapat membantu pelanggan dari peringkat pembelian barang, pencarian supplier, urusan deal dengan supplier, hinggalah kepada pengeluaran dan penghantaran ke Malaysia.

Matlamat kami ialah untuk memudahkan urusan sourcing dari Indonesia secara lebih jelas, praktikal dan meyakinkan.