cropped-Logo-IndoSourcingService.png

Servis untuk anda yang tahu barang apa yang dicari, tetapi belum jumpa seller atau supplier yang sesuai

Carikan Barang dari Indonesia

Tak jumpa barang yang anda cari di Indonesia? Kami bantu carikan untuk anda, sama ada di marketplace, media sosial, website seller atau secara offline jika perlu.

Usahawan butik pakaian pengantik menghubungi Indosourcingservice bertanya untuk minta carikan baju pengantin seperti gambar yang ditunjukkan

Masalah biasa pelanggan

Tahu barang apa yang anda mahu, tapi belum tahu beli di mana?

Ramai pelanggan sudah tahu jenis barang yang mereka perlukan, tetapi belum jumpa seller atau supplier yang sesuai di Indonesia. Ada yang jumpa di Instagram tetapi tidak pasti trusted atau tidak, ada yang mahu bandingkan beberapa pilihan, dan ada juga yang perlukan carian secara offline jika barang sukar ditemui di marketplace.

carikan barang - tanya di whatsapp
Tak tahu seller mana yang sesuai

Anda tahu jenis barang yang dicari, tetapi belum jumpa seller atau supplier yang meyakinkan dan sesuai.

Mahu bandingkan beberapa pilihan

Anda perlukan beberapa pilihan supaya boleh menilai harga, kualiti dan kesesuaian sebelum membuat keputusan.

Barang tak mudah ditemui online

Ada barang yang perlukan carian lebih mendalam, termasuk survey kedai atau supplier secara offline jika perlu.

Apa yang kami bantu untuk servis ini

Kami bantu carikan barang dari online hingga offline

Servis ini sesuai untuk pelanggan yang tahu produk yang diinginkan, tetapi belum jumpa seller, supplier atau pilihan terbaik untuk dibeli.

Cari di marketplace Indonesia

Kami bantu mencari produk di Shopee Indonesia, Tokopedia dan platform marketplace lain yang berkaitan.

Shortlist beberapa seller

Kami boleh senaraikan beberapa pilihan seller atau supplier yang berpotensi untuk anda pertimbangkan.

Bandingkan harga dan kualiti

Kami bantu buat semakan awal supaya anda ada gambaran pilihan yang lebih jelas dari segi harga dan kesesuaian.

Survey kedai atau supplier jika perlu

Untuk barang tertentu, kami juga boleh buat carian atau survey secara offline bergantung pada kesesuaian dan lokasi.

Ambil gambar sebenar produk

Jika perlu, kami bantu dapatkan gambar sebenar produk atau visual tambahan untuk semakan anda.

Bantu rundingan harga

Kami boleh bantu komunikasi awal dan rundingan dengan seller atau supplier mengikut keperluan anda.

Sudah tahu barang yang anda mahu?

Beritahu sahaja nama barang, gambar rujukan atau detail ringkas. Kami akan bantu carikan pilihan yang sesuai untuk anda.

Nak mulakan carian?

WhatsApp Sekarang

Tempat kami biasa cari barang atau supplier

Carian boleh dibuat secara online atau offline bergantung pada jenis barang

Setiap jenis barang memerlukan pendekatan carian yang berbeza. Ada yang mudah ditemui di marketplace, ada yang lebih sesuai dicari melalui seller tertentu atau secara offline.

Marketplace Indonesia

Shopee Indonesia, Tokopedia dan marketplace lain sesuai untuk carian produk yang lebih mudah ditemui secara online.

Instagram / Website Seller

Ada barang yang lebih mudah ditemui melalui seller di Instagram, butik online atau website rasmi brand tertentu.

Offline Store / Supplier / Pasar Borong

Untuk barang tertentu, carian secara offline di kedai, supplier tempatan atau pusat borong mungkin lebih sesuai dan lebih berkesan.

Antara barang yang biasa pelanggan minta kami carikan

Contoh permintaan carian barang dari Indonesia

Lipatan dan gantunganan kain batik tradisional dan moden

Kain Batik

Pelbagai pilihan busana dan pakaian Indonesia seperti kebaya dan fesyen wanita dipamerkan di butik.

Pakaian Moden & Tradisional

Pelbagai produk kosmetik, perfume dan sabun spa asli Indonesia disusun kemas untuk tujuan sourcing dan pembelian.

Kosmetik

Pelbagai produk makanan dan minuman Indonesia yang sering dicari oleh orang Malaysia

Produk Makanan & Minuman

Pelbagai barangan unik Indonesia termasuk wayang kulit Jawa, topeng Bali dan aksesori handmade tradisional.

Barang Unik atau Rare

Tak nampak barang anda di sini?

Tak mengapa. Hantar sahaja detail atau gambar rujukan, dan kami akan semak sama ada carian boleh dibuat untuk anda.

Tanya Kami

Bagaimana proses servis ini berjalan

Proses ringkas dari permintaan anda hingga shortlist pilihan

Kami memahami setiap permintaan pelanggan adalah berbeza. Oleh itu, proses kami disusun secara sistematik, daripada memahami keperluan anda, membuat carian awal, sehinggalah menyediakan shortlist pilihan yang sesuai.

Perbandingan proses sourcing di Indonesia, sebelah kiri team memeriksa produk beg kulit di supplier secara offline, sebelah kanan team mencari dan membandingkan produk melalui laptop secara online
1. Anda beritahu barang yang dicari

Hantar nama barang, gambar rujukan, contoh produk atau detail ringkas supaya kami boleh mula buat carian.

2. Kami mula carian awal

Kami cari melalui marketplace, seller, website atau sumber lain yang berkaitan dengan jenis barang anda.

3. Kami shortlist beberapa pilihan

Kami kumpulkan beberapa seller atau supplier yang berpotensi supaya anda ada pilihan untuk dipertimbangkan.

4. Kami bantu bandingkan pilihan

Kami bantu lihat faktor seperti harga, jenis produk, maklumat seller, lokasi atau kesesuaian dengan permintaan anda.

5. Semakan lanjut jika perlu

Untuk kes tertentu, kami bantu buat survey, ambil gambar tambahan atau semakan lanjut bergantung pada keperluan.

6. Anda pilih untuk proceed

Selepas anda setuju dengan pilihan yang sesuai, barulah urusan seterusnya seperti pembelian atau rundingan lanjut boleh diteruskan.

Bila servis ini paling sesuai digunakan

Servis ini sesuai bila anda perlukan bantuan carian yang lebih terarah

Tahu barang apa, tapi tak tahu beli di mana

Anda sudah tahu jenis produk yang dicari, tetapi belum tahu seller, supplier atau lokasi paling sesuai untuk membelinya.

Jumpa di IG, tapi tak pasti trusted atau tidak

Anda jumpa produk menarik di media sosial, tetapi mahu bantuan semakan dan pilihan tambahan sebelum proceed.

Mahu cari harga terbaik dan bandingkan beberapa supplier

Anda perlukan beberapa pilihan supaya lebih mudah membuat keputusan berdasarkan harga, produk dan kesesuaian.

Kenapa ramai pilih servis carian ini

Kelebihan bila kami bantu carikan barang di Indonesia

Dengan pengalaman kami berniaga di Indonesia dan jaringan supplier tempatan, kami bukan sekadar membantu mencari barang, tetapi memastikan anda berurusan dengan lebih jelas, selamat dan efisien tanpa perlu hadir sendiri ke Indonesia.

Mesyuarat antara team sourcing dan supplier di Indonesia dengan suasana positif, menunjukkan komunikasi yang lancar dan persetujuan dalam urusan sourcing produk
Kami berada di Indonesia

Ini memudahkan carian barang, semakan awal dan komunikasi dengan seller atau supplier tempatan di Indonesia.

Kami boleh pergi survey jika perlu

Untuk barang tertentu, carian atau survey secara offline boleh dibuat bergantung pada jenis permintaan dan lokasi.

Komunikasi dengan supplier lebih jelas

Kami boleh bantu komunikasi awal, follow up dan semakan maklumat dengan lebih jelas sebelum anda membuat pilihan.

Kurangkan risiko salah beli

Dengan shortlist dan semakan awal, anda dapat elakkan keputusan yang terlalu tergesa-gesa atau kurang tepat.

Jimat masa dan kos perjalanan

Anda tak perlu datang sendiri ke Indonesia semata-mata untuk cari seller atau supplier bagi permintaan tertentu.

Harga servis carian

Caj servis bermula dari Rp100,000

Bergantung kepada tahap pencarian, kesukaran barang, jumlah pilihan yang perlu disemak dan lokasi jika carian atau survey tambahan diperlukan.

Untuk carian mudah di marketplace, caj biasanya lebih rendah. Untuk carian yang perlukan survey tambahan, komunikasi lebih lanjut atau lokasi tertentu, caj akan disesuaikan mengikut skop kerja.

Tak pasti nak cari di mana?

Beritahu kami apa yang anda cari, dan kami bantu semak sama ada carian paling sesuai dibuat secara online, offline atau kedua-duanya.

WhatsApp Kami
Hantar Permintaan