Servis untuk anda yang sudah jumpa barang online di Indonesia
Belikan Barang Online dari Indonesia
Sudah jumpa barang di Shopee Indonesia, TikTok Shop, Instagram atau website Indonesia? Kami bantu belikan, urus penerimaan barang di Indonesia dan penghantaran ke Malaysia.
Masalah biasa pelanggan
Jumpa barang, tapi tak boleh checkout dari Malaysia?
Ramai pelanggan sudah jumpa barang yang mereka mahu di platform online Indonesia, tetapi tersangkut pada urusan pembelian. Ada seller yang hanya menerima pembeli tempatan, ada platform yang tidak menyokong checkout dari luar negara, dan ada juga kes di mana urusan pembayaran serta penghantaran menjadi terlalu rumit untuk diurus sendiri dari Malaysia.

Apa yang kami bantu untuk servis ini
Kami bantu dari semak link hingga urus penghantaran ke Malaysia
Servis ini sesuai untuk pelanggan yang sudah ada link atau rujukan barang, tetapi perlukan bantuan pembelian, penerimaan barang dan penghantaran dari Indonesia ke Malaysia.

Sudah ada link barang?
Hantar sahaja link atau screenshot kepada kami. Lagi jelas maklumat, lagi mudah kami semak dan bantu.
Platform online yang biasa kami bantu
Kami boleh bantu belikan barang dari pelbagai platform online Indonesia
Kalau anda jumpa barang di platform lain pun tidak mengapa. Hantar sahaja link atau screenshot untuk semakan awal.
Jenis barang yang sesuai untuk servis ini
Antara barang yang biasa dibelikan secara online dari Indonesia
Servis ini paling sesuai untuk barang yang sudah jelas link, seller, variasi atau kuantitinya. Jika anda masih belum jumpa barang yang sesuai, servis Carikan Barang Online mungkin lebih tepat.
Snack & Makanan Ringan
Sesuai untuk pelanggan yang sudah jumpa produk makanan ringan, coklat, biskut atau oleh-oleh Indonesia secara online.
Kosmetik & Body Care
Termasuk kosmetik, perfume, sabun spa, penjagaan diri dan produk beauty Indonesia yang sudah dikenal pasti.
Busana & Fesyen
Sesuai untuk pakaian, busana wanita, aksesori fesyen atau produk butik Indonesia yang sudah ada link pembelian.
Batik & Kraftangan
Sesuai untuk produk batik, beg anyaman, ukiran kayu, cenderamata atau kraftangan Indonesia yang sudah anda jumpa online.
Barang Unik & Niche
Untuk barang rare, niche atau item menarik dari Indonesia yang anda sudah jumpa dan mahu dibelikan.
Bagaimana proses servis ini berjalan
Proses ringkas dari link barang hingga sampai ke Malaysia
